NNutty
OOrganic
OOrderly
RRevolutionary
AAstonishing
SSilent



DOA HARIAN Ya Allah~ aku berlindung dengan-Mu~~ daripada keluh kesah dan duka cita ~~ dan aku berlindung dengan-Mu ~~ daripada kelemahan dan kemalasan~~Amin





~CHIT CHAT CHOT~

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




FAVOURITE LINK

  • Forum

  • yahoo

  • M'sia Top Blogs

  • Blogthings

  • Tokeikedai



    {{BLOGGERS}}

    Ainulmardhiah
    Hikaru
    Aishah
    Naazaar
    Yen Ling
    shakDeraman
    LeaLaurielle
    TT
    Afdlin
    Dayang
    Mobilemom
    Wirawan Terulung





    ~KATA-KATA INDAH~



    Cinta adalah keabadian....dan ketenangan adalah hal terindah yang pernah dialami setiap insan....

    Senyum adalah seni yang menyinari sanubari

    Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

    Andai aku jatuh, capailah tanganku. Andai aku bersedih, dakaplah diriku. Andai aku hanyut, bimbinglah aku.

    ..KeHiDUpaN Ini KaDaNgkala Di SulamI DeNgaN MainaN TeKa TeKi, peNuH DeNgaN RaHSia-RahSia TerSeMbunYi,UmPaMa RoDa Ia BerPuTaR, ada KalaNya Kita BeraDa Di atas daN aDa KalaNya BeRaDa Di BawaH, SuKar UnTuk Kita MeraMaL KeHiDupaN Di MaSa DepaN YanG Masih DaLaM KesaMaRaN,PeNuH DeNgaN PerSoaLaN,PeNuh DeNgaN DuGaaN,RiNtanGaN NaMuN..aPa-aPa PuN TerJaDi KeHiDupaN HaRus Di TerusKaN...

    Orang melihat keadaan dgn kaca mata palsu, tetapi mereka tidak tahu bahawa keadaan dipalsukan oleh kaca mata.

    There's nothing more pleasurable than a good, hearty laugh. The best part about laughing is that it makes you feel better. Research has shown that laughter even has the ability to heal and make you healthy.

    ...KiTa MeRaNcanG aPa YanG KIta MimPikaN DaN Kita MimPiKaN SeGaLa KeInDaHaN,NaMuN..KeInDaHaN Itu TaK SeIndaH MimPi SePerti YanG SeLaLu KiTa BaYaNgKaN...

    "Perumpamaan orang mu'min yang membaca Al-Qur'an bagaikan buah utrujjah (sejenis jeruk). Harum baunya, rasanya juga manis. Perumpamaan orang mu'min yang tidak membaca Al-Qur'an bagaikan buah korma. Rasanya manis, tapi tidak berbau harum. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur'an bagaikan buah raihanah. Baunya harum, tapi rasanya pahit. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qu'an bagaikan buah handzolah. Baunya busuk, rasanya pun pahit."


    If ever things begin to look a little cloudy...they'll get better soon. Just remember that it's true:it takes rain to make rainbows,lemons to make lemonade,and sometimes it takes difficulties to make us stronger and better people.

    Hidup di dunia ini tak ubah seperti belayar di atas lautan yang dalam dan bergelombang. Jika tidak berhati2 nescaya tenggelam didalamnya.


    Apabila seseorang itu redha dgn kesakitan, maka kesakitan itu akan menjadi pembersih dosa-dosanya~ Riwayat Bukhari-


    Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    online

    rss feed


  • Thursday, January 26, 2006
    The End

    Maaf atas sebab2 yg tak dapat di elakkan, blog ini akan ditutup. T/kasih atas smua kata2 indah dan kata2 perangsang buat saya. Semoga dapat bertemu di lain kesempatan. Salam sayang, salam ukhwah dari saya - Noor A.S. 


    Posted at Thursday, January 26, 2006 by Noor A.S
    Comment (1)  

    Thursday, January 12, 2006
    Perkahwinan

    Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang
    malu mengakuinya.
    Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak
    bergula.
    Syurga rumahtangga itu fitrah hati
    Naluri semulajadi yang pinta diisi
    Kerananya jejaka rela menjadi suami
    Kerananya perawan rela menjadi isteri
    Masing-masing dengan harapan
    Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

    Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
    Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
    Lalu bermacamlah jalan ke sana

    Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta
    Diukir dari intan permata
    (Wah , suamiku seorang jutawan)

    Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
    Ditempa oleh wajah rupawan
    ( Wah, isteriku seorang celeberity)

    Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
    Dituai oleh pangkat dan jawatan
    ( Wah, suamiku seorang negarawan)

    Pelbagai jalan menimbulkan dilema
    Mencari yang benar mempelai tersasar
    Kalaulah bahagia itu pada harta
    Kalaulah bahagia itu pada nama
    Kalaulah bahagia itu pada rupa
    Kalaulah bahagia itu pada kuasa
    Kenapa Charles dan Diana berpisah
    Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
    Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

    Bahagia itu dari dalam hati
    Kesannya zahir rupanya maknawi
    Terpendam bagai permata dalam hati
    Terbenam bagai mutiara disalut nurani

    Bahagia itu pada HATI
    Bertakhta di kerajaan diri
    Bahagia itu pada JIWA
    Mahkota di singgahsana rasa
    Bahagia itu KESABARAN
    Bila susah tak gelisah
    Bila miskin tak pemarah
    Bila gagal tidak resah
    Oh, suamiku,inalillah....

    Hakikatnya bahagia itu ketenangan
    Bila hati mengingati tuhan

    Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati
    suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg
    hakiki.

    Binalah rumahtangga atas tapak iman
    Tuluskan niat luruskan matlamat
    'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
    'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
    penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
    sahlah nikah dengan nama Allah
    gerbang perkahwinanpun terserlah
    Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
    Iman itu tujuan Syariat itu jalan
    Tempat merujuk segala permasalahan
    Tempat mencari semua penyelesaian
    - isteriku, taatilah hukum Allah....
    - suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

    Binalah hidup di neraca maaruf
    Rumah jadi sambungan madrasah...
    Seninya kerana solat...
    Indahnya oleh munajat
    Tapaknya ....iman
    Jalannya ....syariat
    Natijahnya.....akhlak

    Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan
    penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri'
    lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah.

    ~dari rixal blogdrive~


    Posted at Thursday, January 12, 2006 by Noor A.S
    Comment (1)  

    Saturday, December 31, 2005
    Slamat Tahun Baru

    Tak berapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2006. Harapanku agar semua duka lara dalam tahun 2005 akan dapat aku lupakan. Ya Allah lenyapkan lah kesedihan, kurniakan kebahagiaan buat diriku pada tahun baru ini.

    May the new year bring much happiness into your lives. May you have all that you need and most of what you want. May you live your lives to the fullest and may you have dreams of a bright tomorrow.


    Posted at Saturday, December 31, 2005 by Noor A.S
    Make a comment  

    Thursday, December 29, 2005
    Setia ku korbankan

    Mengapa klta harus berkorban demi kebahagiaan orang lain? cinta akan membuat kita sanggup melakukan apa saja ....tapi adakah ia perlu .... walaupun kita harus melalui saat2 getir sendiri...

    Setia Ku Korbankan

    Inikah dugaan yang ku terima
    Menyintai mu sepenuh jiwa
    Untuk bersama mu
    Kesabaran membakar fikiran

    Rindu ku embunan di lautan
    Cinta mu debunga berterbangan
    Tak pernah mempeduli kasih sayang
    Yang aku korbankan

    Kau janjikan bahagia
    Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
    Kau janjikan setia
    Rapuh ku berpegang untuk hidup bersama mu
    Kembalilah hangati semula asmara ku dengan mu
    Demi cinta suci

    Andainya tak mungkin ku miliki
    Keayuan kasih impian mu
    Lepaskan asmara di jiwa ku
    Setia ku korbankan

    Kau janjikan bahagia
    Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
    Kau janjikan setia
    Rapuh ku berpegang untuk hidup bersama mu
    Kembalilah hangati semula asmara ku dengan mu
    Demi cinta suci
    Setia ku korbankan


    Posted at Thursday, December 29, 2005 by Noor A.S
    Make a comment  

    Sunday, December 25, 2005
    Bacalah

    penyakit mazmunah

    Assalamualaikum wbwt

    Buat sesiapa yang merasakan ada penyakit mazmumah dalam badan.

     

    (1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)

    Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya

    terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan

    jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut.

    Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,

    hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian

    dan kehebatan kepada pembaca.

     

    (2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

    Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh

    dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas

    sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.

    Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya

    rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta

    bercahaya rohaninya.

     

    (3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

    Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya

    terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya

    seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak

    tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

    Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan

    kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

    Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan

    meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan

    para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca

    sehinggalah ke hari Qiamat.

    Dan tersebut dalam hadith yang lain:

    Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka

    pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut

    bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam

    itu, ia dikira mati syahid.

    Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:

    Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000

    kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan,

    dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

     

    (4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

    Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu)

    sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara

    bahaya.

    (5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

    Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia

    akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari

    gangguan jin.

    (6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

    Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan

    terselamat dari kejahatan para penjahat.

     

    (7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

    Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang

    mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari

    was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga

    ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang

    bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

     

    (8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

    Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari

    segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh

    penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

     

    (9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

    Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang

    fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala

    dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan

    terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat

    Allah.

     

    (10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

    Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di

    cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

     

    (11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)

    Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan

    akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah

    ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju

    perniagaannya itu.

     

    (12) SURAH YUNUS (Yunus)

    Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil,

    nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

    Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar

    dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

     

    (13) SURAH AL-HUD (Hud)

    Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan

    serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56

    dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari

    gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca

    ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang,

    nescaya akan mencapai ketetapan hati.

    (14) SURAH YUSUF (Yusuf)

    Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan

    kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia

    akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca

    ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada

    anak-anaknya.

     

    (15) SURAH AR-RA'D (Petir)

    Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari

    petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit

    jantungnya akan sembuh.

     

    (16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

    Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya

    anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

     

    (17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

    Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas

    perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya

    itu akan terselamat, dari gugurnya.

     

    (18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

    Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang

    bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca

    ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia

    akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

     

    (19) SURAH AL-KAHF (Gua)

    Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.

    Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat

    rezeki yang murah.

     

    (20) SURAH MARYAM (Maryam)

    Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan

    akhirat.

     

    (21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

    Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu

    pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca

    ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas

    sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

     

    (22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

    Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat

    sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

     

    (23) SURAH AL-HAJ (Haji)

    Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

     

    (24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

    Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang

    selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.

    Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan

    terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan

    serangan musuh.

     

    (25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)

    Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang

    buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat

    sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

     

    (26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

    Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu

    air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat

    dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

     

    (27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

    Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan

    senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang

    berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

     

    (28) SURAH AN-NAML (Semut)

    Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal

    kepadanya.

     

    (29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

    Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak

    akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga

    55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna

    dan budi pekertinya

    akan halus.

     

    (30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

    Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa

    membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

     

    (31) SURAH AR-RUM (Rum)

    Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang

    hendak menzaliminya.

     

    (32) SURAH LUQMAN (Luqman)

    Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala

    penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca

    ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

     

    (33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

    Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas

    kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala

    penyakit ruhani dan jasmani.

     

    (34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

    Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia

    akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca

    ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan

    musuh-musuhnya.

     

    (35) SURAH SABA' (Saba')

    Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,

    terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

     

    (36) SURAH FAATHIR (Pencipta)

    Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati

    perniagaannya.

     

    (37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

    Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati

    dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin."

    Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana

    Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."

    Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu

    membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi

    sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan

    sakaratul-maut itu."

    Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin

    benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

    Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala

    hajat dan cita-citanya.

    Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa

    istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan

    diampunkan oleh Tuhan.

    Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,

    nescaya akan maju perniagaannya itu.

    Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada

    malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada

    awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

    Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,

    nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

    Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan

    peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan,

    serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

    Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar

    didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk

    di amal oleh anda sekalian.

     

    (38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

    Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada

    gangguan jin.

     

    (39) SURAH SHAAD (Shaad)

    Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian

    sejati.

    Wassalam


    Posted at Sunday, December 25, 2005 by Noor A.S
    Make a comment  

    Saturday, December 24, 2005
    Kata-kata indah

    Dalam keheningan pagi sabtu nie terasa indah membaca kata2 mutiara yg besar makna disebaliknya...

    "Dalam kepayahan hati berbicara, Diri ini harus tabah dan bersedia, Menghadapi kemungkinan yang tiba, Kunjungnya kadangkala tiada diduga,"

    Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh..."

    " Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan.KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka".

    Hati & Perasaan:"mungkin Allah sengaja mehu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut"


    Posted at Saturday, December 24, 2005 by Noor A.S
    Make a comment  

    Anniversary

    Today is my sister's Wedding Anniversary . Masa berlalu pantas. Anyway disini I nak ucapkan Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan yg ke 11 buat Foziah n Sulaiman. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

    Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, sebab durian berduri kerana isinya sedap, kulit manggis pahit kerana isinya manis dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

     


    Posted at Saturday, December 24, 2005 by Noor A.S
    Make a comment  

    Sunday, December 18, 2005
    Sunny Sunday

    Hari nie bertapa ceria nya my daughters cos dapat kasut sekolah baru. Kasut sekolah skarang smua mahal2. Seingat daku dulu kasut sekolah cuma $5 saja, skarang dah menjangkau $20 each. Even size yg kecil juga pada harga yg sama. Anyway selepas lihat kebahagiaan yg terpancar pada wajah anak2 dapat kasut baru, harga kasut yg mahal hilang dlm bayangan .....

    We then had lunch at Secret Recipe plus ice cream cakes which is dad's favourite. Terkopak duit pak....


    Posted at Sunday, December 18, 2005 by Noor A.S
    Make a comment  

    Wednesday, December 14, 2005
    Perkahwinan

    Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?

    ·  Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
    ·  Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
    ·  Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
    ·  Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
    ·  Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
    ·  Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
    ·  Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

    Posted at Wednesday, December 14, 2005 by Noor A.S
    Make a comment  

    Sunday, December 11, 2005
    Family Day

    For the first time we drive in to Sentosa. Tak plan pun nak merayap sampai ke sana, so tak dapatlah the kids merasa bermandi-manda kat laut Sentosa. Ermmm...prob next chance .

    We then went to supermarket, eat ice cream n kfc.

    Malamnya me n hubby gie tgk TAA yg menampilkan Siti Nurhaliza. Wah kira hubby menderma sambil dapat menyaksikan penyanyi kesayangannya ler. Bila dah tgk Siti depan mata, rasanya wife kat sebelah pun dia lupakan.... SadAnyway happy jugak dapat tgk Siti live !

     


    Posted at Sunday, December 11, 2005 by Noor A.S
    Make a comment  

    Next Page

    Blogdrive